aku ada blog lagi ke?

rupanya ada lahhh . haihh,. dah lama gila aku tak upadate. naik isim aku okeh, study ini sangat memenatkan aku.
tapi tak apa lah kalau tak study macamana korang nak keje, kalau tak keje camane korang nak makan?

ni pun sudah terlambat bangun mau pegi kolej. pukul 2 maaa. kelas mikro pulak tu adohai. sopan juga aku hari ni kerna ada kelas islamic studies. hahaha .

tadi bagun terus mengecall si eya, mana la lady m aku ni. rindu tak keruan kat anda lah laling :(

maigod ! 1.50 already , later sambung !

mengejutkan! mesej rahsia di dalam logo fifa world cup!

Rupa rupanya aku pun terkena dengan seorang mamat ni yang menggunakn cara keji untuk menarik traffic.ahahahah!



good way to promote your blog eay? ahahaahha ! hang sumpah keji!

GOOGLE PACMAN!


Pacman? Korang pernah main tak? dulu mase aku kecik kecik main pacman sampai boleh gaduh gaduh. ape taknye. konsol game tu satu je pun satu lagi rosak. seko seko main sampai mate kelabu, lepas main langgar dinding. keji sungguh ! lepas tu cik raihan ngan datin yah pun 2x5, main pacman sampai lupa nak masak. hahaha ! gurau je datin, takmo ler marah ye? 



tapi ni lain ! ni version gooooogllleee punye. menarik kan? ade orang duduk kat pejabat takleh main game ye dop? facebook lagi lah taleh main, tapi aku bet korang boleh main game ni dikala kena paksa oleh bos korang tak leh pegi lunch. haha.

Click this http://www.google.com/pacman/ untuk main Pacman hingga kehilangan kerja. sila sila. wa tak menghasut, wa membantu. salam sayang , WMA

Gwa rase malu dengan orang macam ni!


 Gwa rasa orang yang mencuri ni suka mencuri . hahaha ! news paling kokap hari ini. amacam? orgasm tak? gila . gwa paste je na?
Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
2010/06/26

KANGAR: Seorang wanita tergamam sebaik melihat seluar dalam dan coli miliknya yang hilang dua minggu lalu, ditinggalkan di atas cermin keretanya yang diletakkan di pinggir jalan sebuah taman perumahan di sini, semalam.
Mangsa berusia 24 tahun yang enggan nama disiarkan berkata, sepasang pakaian dalam itu dilaporkan hilang bersama kamera digital Sony DSLR milik majikannya yang disimpan dalam bilik tidurnya pada 8 Jun lalu.

“Pagi tadi (semalam) ketika menghidupkan kenderaan untuk ke tempat kerja, saya tergamam selepas mendapati seluar dalam dan coli yang hilang dipulangkan semula pencuri dengan diletakkan di atas cermin depan kereta.

“Saya mengakui ia milik saya yang hilang dan berharap pencuri memulangkan kamera kepunyaan syarikat kerana menyukarkan saya menjalankan tugas harian,” katanya yang menafikan menggunakan khidmat bomoh bagi mendapatkan semula barangan terbabit ketika ditemui di rumahnya, dekat sini.

Menurutnya, dia tidak mengetahui punca sebenar pencuri memulangkan semula barangan terbabit dan tidak bercadang menggunakannya semula.

Katanya, pencuri berkenaan kemungkinan besar memulangkan semula barangan itu secara tergesa-gesa dengan meletakkannya di atas cermin kereta pada waktu malam ketika penghuni taman perumahan nyenyak tidur.
“Tindakan pencuri meletakkan pakaian dalam di tempat terbabit bakal menimbulkan persepsi negatif kepada penghuni taman perumahan.

“Mungkin ramai penghuni atau jiran menganggap saya tidak sopan kerana menjemur seluar dalam dan coli secara terbuka di atas kereta yang diletakkan di pinggir jalan utama walaupun hakikatnya ia dicuri,” katanya.

Dalam kejadian pada 8 Jun lalu, katanya, pencuri dipercayai mengambil barangan dalam bilik ketika nyenyak tidur dengan bertindak membuka tingkap bilik rumah teres yang disewa bersama dua rakan.

“Pencuri berkenaan gagal mengambil komputer riba kerana sukar mengeluarkannya memandangkan tingkap bilik dipasang jeriji besi. Saya hanya menyedari kehilangan kamera ketika mahu keluar bekerja,” katanya.

Menurutnya, banyak kes kecurian dilaporkan berlaku di kawasan perumahan itu termasuk kes menceroboh rumah seorang jiran yang mempunyai anak perempuan untuk mengendap.

Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Beseri, dekat sini, jam 3.30 petang pada hari kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan ‘kaki sekodeng’ yang mengambil kesempatan mencuri barangan ketika menjalankan kegiatan terbabit.

Penemuan semula seluar dalam dan coli miliknya itu turut dilaporkan kepada pegawai penyiasat balai polis terbabit.
 Source : Hmetro

Anne dah cerai? woah?

Anne, kelihatan tenang ( ayat poyo aku )

Ni yang aku tak suka pasal artis ni , betul wa cakap. WMA meme tak suka cerai berai ni. kesian betul aku tengok anne ni, dah la berbadan dua. hmm. saba je la kak Anne ye? ade hikmah disebalik semua ni. Tadi gwa tergerak hati je nak mencari article pasal sehati berdansa season lepas. so macam teringat kat Anne dengan ex - husband dia si Wafi tu, tetiba pula terbaca article pasal ni kat Bharian. Bukan satu weh, bukan dua wehh , tiga sekali hentak. wak luuuuuu.

gwa malas nak jadi penulis sensasi, korang baca lah sendiri kat link berita harian tu yea?